Pengenalan Kepada Orang Iban:Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.Tarian Ngajat Tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak.
Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Pantang Larang
•Pantang larang
–*Terserempak binatan atas dahan itu ialah antu rembia (roh menjaga pokok).
–*Tidak boleh tanam labu di kebun – malilabu.
–*Dikeluarkan dan dilumur dengan darah babi atau dua ekor ayam.
–*Halia tidak boleh ditanam kesan pada mata .
–[o]Mali pagi:
•*orang lain tidak boleh datang kebun awal pagi.
•*Petani kena tanam padi dalam tiga lubang dan makan tiga mulu penuh beras .
•*Orang meneur didenda seekor babi atau dua ekor ayam dan sigi panding – RM2.00.
•*Darah babi datau ayam dilumurkan pada ladang.
•*Jika tidak petani atau ahli keluarga akan mati.
Adat Resam
•Adat membina rumah
–*Ramu – kumpul bahan binaan.
–*Tuai burung – tukang ramal tarikh sesuai.
–*Tambak burung – tuai rumah cari burung nendak di sebelah kanan dan cabut anak pokok.
–*Ngemberang – bakar tambak burung.
–*Dirikan tiang pemun (tiang utama).
–*Renjis darah babi doa pada tuhan Bunsu Petara beri kejejayaan.
–*Lubang tian dimasukkan dengan garam, seetul emas, kulit buah langgir dan seranting mumban.
–*Bumbung rumah didirikan.
*Tuai rumah pimpin setiap keluarga masuk ke bilik.
•Adat Kematian
–*keluarga mengelilingi mayat dan meratap 190 minit.
–*Lesung/penumbuk diletakkan di laluan (tempuan) untuk menghalau hantu.
–*Mayat dibersihkan dan 3 tanda kunyit di dahi.
–*Pua kumbu (gebar) dijadikan tabir untuk menghalang penyakit.
–*Beras dihamburkan paya beras keluarga tidak dibawa sama ke dunia lain (sebayan).
–*Api kecil dekat kaki simati.
–*Tetamu bawa hadiah beras pulut, duit dan ayam.
–*Berkabung selama 3 bulan.
–*6 petang - nyanyian ratapan kematian.
–*5 pagi - wanita tua beri makan supaya tidak lapar dalam perjalanan.
–*Semasa dimasukkan dalam keranda, orang2 perempuan menangis sekuat2nya.
–*Darah ayam direnjiskan ke tanah sebelum digali.
–*Keranda ditanam bersama barang si mati (baiya) supaya dapat digunakan dalam dunia lain.
** For any left out information, please kindly list them down in the comment boxes below. Thanks.
–
•